Sunday 1 April 2012

REVOLUSI ALAM



Indah sungai bumiku,
Yang ditumbuhi pepohon hijau,
Lambang kebesaran Illahi,
Satu warisan generasi lalu.

 

Namun,
Kehijauan yang terserlah,
Keindahan yang nyata,
Tidak lagi menjadi kebanggaan generasi kini.


Hidup mengejar masa,
Tenggelam dalam debu kota,
Hutan konkrit dan batu pesat membangun,
Alam menjadi mangsa,
Moga masih ada kesedaran,
Membaiki kesilapan lalu,
Kerana alam adalah milik kita semua!


#sedarlah rakan-rakanku semua..kita mesti dan semestinya menghargai anugerah yang paling terindah kurniaan tuhan kepada kita iaitu alam ini..

0 comments: