Saturday 28 April 2012

BERSIH 3.0 . . SAPU BERSIH DOE ~

 . . korang masih ingat x lagi BERSIH 2.0 ?  . . tu pon ramai yg dapat sakit sbb perhimpunan tu . . sedar x sedar , tahun ni (2012) , ada skali lagi perhimpunan macam tu . . patut la kat blakang perkataan Bersih tu da 2.0 , upe - upe nyer , da sambung plak . . dan maka wujud la Bersih 3.0 . . tahun depan , Bersih 4.0 plak kot . . pasti nya . .




# best x klau mcm ni ? best KOT  . .

makluman korang , jedy x kata perhimpunan Bersih tu salah dan x boleh . . tapi , da cara dia . . mmg la bagus sebenar nya sbb kita boleh luah kan apa yg terbuku . . tetapi harus di ingat juga , bumi malaysia ni bukan kita aje yg duduk . . pelancong-pelancong bagaimana ? . . pe kata kita lakukan dgn elok sikit . . cara tu yg x betul nya . . tgok , kat bawah ni da gmbar - gambar dari perhimpunan bersih 3.0 tadi . .


# bangga betol mamat ni !



                                       

korang nilai la sendiri bagaimana . . kita yang bakal memimpin negara , keputusan di tangan kita untuk menentukan keberkesanan negara nanti . . tp kan , rugi jedy x dapat join perhimpunan ni . . nmpak cam best jer . . bole lepas kan stress kata kan . .















Friday 27 April 2012

ATASI GUGUP BERCAKAP DI HADAPAN


 . . ramai sebenarnya 'menghidap' penyakit rasa gugup @ lemah semangat apabila bercakap di hadapan khalayak ramai . . malah , ramai dibelenggu perasaan malu  . . tetapi , tidak untuk sekarang dan masa yang akan datang . . jedy akan berkongsi tips dengan korang bagaimana nak hilangkan rasa gugup itu apabila bercakap di hadapan orang ramai  . . korang mesti tangani masalah ini kerana kemahiran bercakap di hadapan ramai orang merupakan salah satu bonus kepada kita semasa sesi temu duga . .


 . . jedy bukan lah pakar motivasi yang boleh kongsikan segala macam tips kepada korang . . tetapi , sekadar berkongsi ilmu pengetahuan yang x seberapa ini , boleh la sikit - sikit . .
jedy perasan tips ini sangat berkesan kerana jedy juga pernah gunakan semasa tahun 2009 iaitu tahun pertama jedy mula berkecimpung dalam bidang perbahasan @ perdebatan kat sekolah . . hasilnya , jedy sampai sekarang berani dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan orang ramai malah mengemari aktiviti sedemikian . .

TIPS


 # sebelum korang mula bercakap , pastikan korang tahu apa tugas korang  . .
    ~membuat ulangkaji terlebih dahulu agar mutu kualiti info yg disampaikan adalah bernas




# semasa berada di atas pentas  , walau gementar mana pun korang , cuba senyum . .senyum tu boleh tenangkan perasaan korang .  .




# semasa bercakap , korang cuba angkuhkan perasaan korang . . ibarat angkat bakul sendiri la . . 

~sebab bila korang buat demikian , secara psikologi nya korang akan berasa . . "yes ! aku betul ! "  . . semua nya aku betul . . 

~maka , di situlah lahirnya keyakinan untuk kita bercakap ! 


INSYA-ALLAH BOLEH ! !




Thursday 26 April 2012

DUNIA PHOTO

pasti rata-rata korang minat "photo" kan ? sama la dgn jedy . . jedy sgat suka berfoto . . tetapi malangnya papa ku masih tidak mahu membelikan DSLR utk ku kerana dia cakap jedy bnyak songeh . . ada-ada la papa . . ok ! x pe . . x de kamera pun x pe la . . at least jedy boleh "editting" photo . . ye . . ye . . ala . . korang x payah la korbankan duit korang just utk beli Adobe Photoshop punyer software . . nak tahu rahsia aku hasilkan gmbar yg cantik mcm ni x ? ?


# ni photo masa kat Kellie Castle
cantik x ? ?

ceritanya begini , jedy tersedar dlm pukul 4 pagi dan x dapat tidur . . terus buka lappy , on9 fb . . lama - lama , boring la fb ni . . terfikir nak edit photo la . . jedy pon google la . . tut-tut , jumpa 1 web ni . . tempat edit photo la . . best nyer , free la . . x perlu register pon . . syukur ! nak tahu x web apa tu ? mesti la nak kan ? ni web tu . .


owww . . ni lupa nak bagi link web tu plak . . just open new tab link ni ok ?
                              http://www.picmonkey.com/

senang je nak guna app ni  . . korang klik kat "edit your photo . . . . " . . kat situ , korang upload la photo apa yg korang nak edit . . nasihat jedy , baik korang guna photo yg saiz agak besar la . . sbb klau edit , baru nampak cantik . . he . .he . .


ni beberapa photo yg jedy telah edit guna app ni . . tgok . . tgok la ye . . 


# 1

 

# 2

 

#3


#4


#5


#6


* klau korang dapat perhatikan . . photo yg ke-6 ni x brapa cun kan . . bukan sbb model tu . . sbb saiz photo ni kecik sgat . . dlam 475kb aje . . photo yg kat atas tu semua saiz antara 1.5MB - 3.8MB . .

5 Rahsia Lelaki Dibongkar


                               

Adakah anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia? Pasti tidak!! ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki?

                                           

(1) Cerita xxx- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

                                           

(2) Lelaki adalah pengintip!- Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka gemari. Tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.

                                         

(3) Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda!

                                       

(4) Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.


                                            

(5) Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.

SUMBER : top5reason.com

Jom ke TING.6 !!


.. mesti ramai kat luar sana tertanya-tanya .. kenapa aku terpilih masuk ke ting.6 

sedangkan rakan aku tidak terpilih .. jangan sedih2 .. jangan mengelabah .. kerana anda

sepatutnya bersyukur .. sbb bukan semua org boleh masuk ke ting.6 sebenarnya .. boleh 

kata ting.6 2nd class la .. 1st ,, anda akan terpilih ke MATRIKULASI .. klau permohonan

 anda utk ke Matrikulasi tidak berjaya .. maka , automatik nya anda akan terpilih untuk 

ke ting.6 ( dipilih juga sbb keputusan SPM anda juga sebenarnya # bagus la) .. aaaa .. yg 

3th class ni , penganggur sepenuh masa .. x dpat smbung belajar kat mana-mana IPT .. 

silibus ting.6 agak susah la klau korang dpat aliran SAINS .. better matrikulasi la .. sbb 

sana lebih mudah berbanding STPM ..  aku igt lagi dulu ,, STPM merupakan exam kedua 

plg susah kat dunia .. ntah betul ke x fakta tu .. he3 .. better twice thinking la before 

percaya tu ..

nak tahu x syarat2 kelayakan utk ke ting.6 ?
ni syarat2 nya..

Syarat Kelayakan (Syarat Am)
  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.



SAYA SAYANG AWAK





Pɑdɑ suɑtu pɑgi di sebuɑh sekolɑh ,ɑdɑ seorɑng pelɑjɑr bertɑnyɑ kepɑdɑ guru nyɑ yɑng sedɑng


mengɑjɑr


Pelɑjɑr : Cikgu , mɑcɑm mɑnɑ kitɑ nɑk pilih seseorɑng yɑng terbɑik dɑlɑm hidup kitɑ ?

Cikgu : Oh , ɑwɑk nɑk tɑhu ke ? Hurm , bɑiklɑh . Sekɑrɑng kɑmu buɑt ɑpɑ yɑng sɑyɑ suruh . 


Pelajar Bɑiklɑh .


Cikgu : Kɑmu pergi ke pɑdɑng sekolɑh dɑn kɑmu berjɑlɑn di ɑtɑs rumput yɑng ɑdɑ disitu dɑn 


pilih rumput yɑng pɑling cɑntik tɑnpɑ menoleh ke belɑkɑng lɑgi . Dɑn kɑmu petik rumput yɑng PALING 


cɑntik dɑn bɑwɑ bɑlik ke kelɑs . 


Pelɑjɑr : Okɑy . Sɑyɑ pergi sekɑrɑng jugɑk . * tetɑpi ɑpɑbilɑ pelɑjɑr  tersebut bɑlik semulɑ ke kelɑs , 


tiɑdɑ sehelɑi rumput pun yɑng berɑdɑ di tɑngɑn nyɑ . Mɑkɑ cikgu pun 


bertɑnyɑ kepɑdɑ pelɑjar tersebut .


Cikgu : Mɑnɑ rumput yɑng cikgu suruh kɑmu ɑmbil ? 


Pelɑjɑr : Sebenɑrnyɑ tɑdi sɑyɑ mencɑri rumput yɑng pɑling cɑntik dɑn memɑng bɑnyɑk sekɑli rumput yɑng 


cɑntik tetɑpi cikgu suruh sɑyɑ mengɑmbil rumput yɑng pɑling cɑntik dɑn tɑnpɑ menoleh ke belɑkɑng 


lɑgi sɑyɑ terus mencɑri . Tɑpi sɑmpɑi di penghujung pɑdɑng , sɑyɑ tidɑk menemui rumput yɑng pɑling 


cɑntik . Mungkin ɑdɑ di ɑntɑrɑ yɑng di belɑkɑng sɑyɑ sebelum itu tɑpi cikgu cɑkɑp tɑk boleh menoleh 


ke belɑkɑng semulɑ , jɑdi tiɑdɑlɑh rumput yɑng sɑyɑ boleh petik . 


Cikgu : Yɑ , itulɑh jɑwɑpɑn nyɑ . 


Mɑknɑ nyɑ , ɑpɑbilɑ kitɑ telɑh berjumpɑ dengɑn seseorɑng yɑng kitɑ sɑyɑng , jɑngɑnlɑh kitɑ mencɑri 


yɑng lebih bɑik lɑgi . Kitɑ pɑtut menghɑrgɑi orɑng yɑng berɑdɑ di depɑn kitɑ sebɑik-bɑiknyɑ . Jɑngɑn 


lɑh kitɑ menoleh ke belɑkɑng lɑgi kerɑnɑ yɑng berlɑku tetɑp dɑh berlɑku . Dɑn semogɑ yɑng berlɑlu 


tidɑk ɑkɑn berulɑng lɑgi . Dɑn yɑng terɑkhir Jikɑ kitɑ berselisih fɑhɑm dengɑn orɑng yɑng kitɑ sɑyɑng 


itu , kitɑ hɑrus lɑh memperbetulkɑn keɑdɑɑn dɑn cubɑ teruskɑn perhubungɑn tersebut wɑlɑu pun 


bɑnyɑk perkɑrɑ yɑng menggugɑt perhubungɑn tersebut . Dɑn ingɑtlɑh orɑng yɑng kitɑ sɑyɑng itulɑh 


yɑng kitɑ jumpɑ pɑling cɑntik dɑn pɑling bɑik pɑdɑ mulɑ nyɑ wɑlɑu pun nɑk diikutkɑn bɑnyɑk lɑgi yɑng 


cɑntik dɑn bɑik seperti rumput tɑdi . KECUALI LAH jikɑ perhubungɑn tersebut tɑk boleh diselɑmɑt kɑn 


lɑgi , mɑkɑ bɑru lɑh kitɑ mulɑkɑn sekɑli lɑgi * sɑyɑ sɑyɑng ɑwɑk * 

Wednesday 11 April 2012

SENYUMAN




Senyum,
Adalah asas kebahagiaan,
Yang tidak ternilai harganya,
Sebagai penawar penderitaan,
Dan pemanis wajah,
Serta sedekah bersembunyi.
Namun,
Mengapakah sukar diamalkan?

Senyum,
Dapat menyenangkan penerima,
Ketenangan akan keresahan,
Yang melambangkan keperibadian hati,
Jua pengerat persaudaraan,
Dan kasih sayang,
Serta penyatu hati nan suci.


 


Senyum,
Tidaklah memiskinkan pemberi,
Yang tidak dipinta atau dipinjam,
Lebih bererti dengan keikhlasan,
Namun tiada harga perbandingan,
Keran terlalu tinggi nilainya.

Senyum,
Mungkin kerana terlalu mahal,
Ada racun tersembunyi,
Ada racun berbisa sebaliknya,
Membuatkan seseorang tersinggung
Dan terhina,
Tetapi penawarnya tetaplah ada,
Namun,
Tiada siapa boleh menduga
Tafsiran reality sebuah senyuman.

# orang selalu mintak aku senyum..diorang cakap,kalau ak senyum..aku Nampak maniiiisss…boleh cairkan hati gadis2..hahahhaha..ada2 la dorang tu..so,yang penting..senyum la sokmo!!

Wednesday 4 April 2012

SEGALANYA AKU TERIMA




Selama ini,
Aku sangka semua itu suatu perjalanan hidup,
Perjalanan yang kekal abadi,
Kekal sebagai suatu cerita yang indah.


Akhirnya,
Baru aku tersedar,
Semua itu hanyalah sebuah mimpi indah,
Mimpi indah di siang hari,
Semua itu hanyalah sebuah cerita dongeng,
Dongeng sang puteri yang lagak indah belaka.

Sesungguhnya,
Perjalanan hidup ini terlalu sangsi
Terhadap hidupku.
Tetapi,
Aku tetap gagahkan keringat lemahku,
Terus melawan badai ganas itu,
Kerana segalanya aku terima.

# menyedari kehidupan ini..tidak semua hari akan cerah disinari cahaya suria..ada kekadang di luputi oleh awan gelap..jadi,segalanya perlu kita terima dengan penuh hati yang terbuka..

Tuesday 3 April 2012

ZAMAN PERSEKOLAHAN




Hanya zaman persekolahan sahaja,
Yang mengajar kita erti sahabat,
Dan erti zaman remaja.


Apabila zaman itu berlalu,
Nescaya ia takkan kembali lagi.
Masa itu jua kita bawa haluan masing-masing,
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali
Dalam satu tempat sekecil bilik darjah.


Kita belajar bersama,
Kita bergurau bersama,
Kita gembira bersama,
Kita berduka bersama,


Kita ke ko’op bersama,
Kita ke ‘DOWNSHOP’ bersama,
Kita ke HAYAKI CAFƉ bersama,
Kita ke tandas bersama.


 

Terbuktilah,
Zaman belajar adalah zaman remaja
Yang amat sukar dilupakan.
Mungkin hanya pertemuan antara kita semua,
Hanyalah sementara sahaja.
I LOVE U MY FRIENDS~



# dihasilkan khas untuk semua student SIC form 5 2011…yang stay kat ASRAMA…terutama sekali AIDIL,BASYIR,NASHRUL,WAFEE…

KEK COKLAT KUKUS



Image Detail Image Detail





Kekasih @ pasangan anda merajuk? Anda telah melakukan pelbagai cara untuk memaut hatinya kembali. Tetapi masih tidak Berjaya. Di sini,saya akan kongsikan dengan anda cara yang paling berkesan untuk memujuk pasangan anda kembali. Iaitu , menghadiahkannya KEK COKLAT KUKUS air tangan anda sendiri. Huh? Tidak pandai membuat kek? Jangan risau. Untuk membuat kek ini,anda jangan risau kerana ia amatlah mudah ditambah,hanya mempunyai 4 LANGKAH PEMBUATAN SAHAJA. Jom ke dapur !!

KEK COKLAT KUKUS by jedy erdy

          BAHAN-BAHAN A:
-      1 cawan minyak jagung
-      1 cawan serbuk koko
-      1 cawan gula kastor
-      1 cawan susu cair
-      1 cawan susu pekat
-      ½ cawan air


BAHAN B:
-      3 biji telur ayam ( dikisar )


BAHAN-BAHAN C:
-      1 cawan tepung gandum
-      1 camt baking powder/serbuk penaik
-      1 camt soda bikarbonat


CARA PEMBUATAN

1.     Masak bahan-bahan A dalam periuk. Kacau. Jangan sampai mendidih. Sejukkan.

2.    Campurkan bahan B ke dalam sebatian A yang telah sejuk.

3.    Ayakkan/ Ulikan bahan-bahan C. masukkan ke dalam adunan A + B tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan bersama.

4.    Kukus selama 1 jam. Selepas 1 jam,sejukkan dan hantarlah kepada pasangan anda!

Image Detail


Monday 2 April 2012

PERTEMUAN ITU




Aku masih ingat,
Kisah pertemuan kita dulu.

Pertama menatap matamu,
Pada detik petang hari.
Aku sudah tahu,
Kaulah sahabat yang aku cari-cari.

Kehalusan bicaramu,
Membuat aku terpesona.
Kesopanan lakumu,
Membuat aku hanyut.
Kegebuan pipimu,
Membuat aku terleka.
Kemulusan wajahmu,
Membuat aku terpaku.

Ungkapan TTC memulakan segalanya,
Bermula detik itu,
Kita sering ketemu,
Bertegur sapa,
Bertanya khabar,
Bergurau senda.


Syukur aku kepada Yang Satu,
Mempertemui aku dengan dirimu,
Segalanya aku yakin,
Kau adalah sahabatku.







# pertemuan di KJM kat depan masjid..waktu riadah..masa tu dia duk bersama Adibah..teka sape?


Sunday 1 April 2012

SAHABAT



Sahabat,
Terima kasih aku ucapkan,
Kerana menjadikan aku seorang sahabat,
Yang mampu membuatkan aku
Tersenyum di kala kesunyian
Serta kesepian.

Sahabat,
Aku bersyukur kehadrat Illahi
Kerana menemukan aku,
Dengan seorang sahabat,
Yang benar-benar bernama sahabat.

Sahabat,
Di sepanjang kedewasaan ini,
Aku belum pernah
Mengenali seorang sahabat,
Yang aku gelarkan “sahabat”.


# sahabat mmg tidak dpat dinafikan merupakan salah satu insan yg amat penting dalam kehidupan kita…jadi,jadilah sahabat kepada orang lain…

REVOLUSI ALAM



Indah sungai bumiku,
Yang ditumbuhi pepohon hijau,
Lambang kebesaran Illahi,
Satu warisan generasi lalu.

 

Namun,
Kehijauan yang terserlah,
Keindahan yang nyata,
Tidak lagi menjadi kebanggaan generasi kini.


Hidup mengejar masa,
Tenggelam dalam debu kota,
Hutan konkrit dan batu pesat membangun,
Alam menjadi mangsa,
Moga masih ada kesedaran,
Membaiki kesilapan lalu,
Kerana alam adalah milik kita semua!


#sedarlah rakan-rakanku semua..kita mesti dan semestinya menghargai anugerah yang paling terindah kurniaan tuhan kepada kita iaitu alam ini..

MY DIARY..


I asked her what was wrong.
She said,”nothing...”
I asked her if it was my fault that she was upset.
She said it had nothing to do with me and not to worry.
On the way home,I told her that I love her.
She simply smile and sleeping.
I can’t explain her behaviour,
I don’t why she didn’t say,
“I love you too...”
I don’t what to do,
My life is a disaster.


# yg ni aku buat masa ak tgah frust dengan ex ak..rasa x ada harapan dah dengan dia..so,I just let her go.. 

KITA



Hinanya diri kita,
Dijadikan dariada setitik air mani,
Kalau jatuh ke tanah,
Ayam tidak patuk,
Itik tidak sudu.

Tetapi,
Sehina manapun kejadian,
Tidak semestinya kehidupan ini sehina kejadian.

Walaupun kehidupan ini,
Banyak dicorakkan dengan pelbagai kisah.
Suka,
Duka,
Susah,
Payah,
Senang,
Gembira,
Perit.
Kita seharusnya merelakan segalanya,
Kerana Pencipta sudah tentukan segalanya
Yang terbaik buat diri kita semua.


Jadi,
Kesyukuran harus diringankan setiap detik,
Kemaafan harus dipohon setiap ketika.
Supaya,
Semua yang indah dikekalkan,
Semua yang kurang digantikan.

# coretan ni plak aku buat masa aku lepas excident..sakit..boring…jadi,aku da terfikir mengenai kejadian kita..walau apapun terjadi,kehidupan mesti diteruskan…

KEKUATAN RINDUKU



Rinduku padamu ibarat ombak di persisir pantai,
Walau ada pasang dan surutnya,
Ombak tetap bergelora,
Memanggil untuk datang kepadanya.
Menanti untuk sampai kepadanya,
Itulah rinduku.

Rinduku padamu ibarat angin yang bertiup,
Walau ada siang dan malamnya,
Angin tetap bertiup,
Membuai dirimu setiap masa,
Memberi kenyamanan kepadamu,
Itulah rinduku.

Wahai kekasihku,
Bangkitlah dari dunia rekaanmu itu,
Sedarlah dari mimpi indahmu itu.
Genggamlah tanganku,
Sama-samalah kita melangkah ke hadapan,
Membina istana kita,
Kekuatan rinduku ini,
Kita jadikan benteng,
Benteng penghalang kemusnahan cinta ini.

#yang ni ak buat masa ak teringat kat seorang budak ni..Yang pernah hadir dalam hidup aku…banyak mengubah haluan dan tujuan aku…akhirnya,pergi tinggalkan aku ikut kekasihnya..sedih~

"KAWAN"..APA ERTINYA?



Selagi jasad masih bersatu
Dengan nyawa.

Selagi masih memerlukan
Kekuatan batin.

Selagi bumi masih memerlukan
Kehijauan alam.

Selagi laut masih berdamping
Dengan ketenangan.

Selagi awan masih tenang
Berarak.

Sedarlah engkau,
Wahai manusia yang rakus,
Menyakiti hati rakanmu.

Rakan yang msih terpinga-pinga,
Apakah salah dirinya?
Sehingga tegar disakitimu.

Hadirlah engkau,
Membimbing dirinya,
Yang semakin hanyut dalam kekecewaan.

# coretan ni aku buat masa duk kat kelas PPSB masa duk latihan NS..memandangkan ckgu lambat..ak terus tulis dalam buku nota ak..yang ni sebenarnya ak buat khas untuk dibaca oleh seorang  mamat ni..ak fed up dengan perangai dia yg pernah menyakitkan ati ak..tp x jadi hantar..sbb,dia ambil tindakan hantar text kat no.fon ak…mintak maaf…so,jalan terbaik..ak dah berbaik dengan dia..