Sunday, 1 April 2012

REALITI KEHIDUPAN



Hidup hanya sebuah medan pertempuran,
Saling berjuang untuk menang.
Pada yang tersungkur,
Kalimah kekejaman realiti,
Tidak lekang daripada bicara.

Adakah mereka tahu?
Tahu menilai rona hidup ini..

Manusia memang..
Memang takut terjatuh,
Memang gentar di bawah..

Ingin sahaja diangkat,
Ingin hanya di atas..

Manusia sering kali mengeluh,
Mengeluh perkara tidak pasti..
Tidak berani membuat anjakan,
Anjakan mengubah stroetaip kehidupan.

Jika ingin mengeluh rezeki yang ada,
Bayangkan pegemis yang meminta-minta..

Jika ingin mengeluh pasangan hidup,
Bayangkan orang yang masih tiada jodoh..

Jika ingin megeluh kesempitan masa,
Bayangkan nasib insan meninggal dunia awal..

Jika ingin mengeluh karenah anak-anak,
Bayangkan insan yang tidak dikurniakan zuriat..

# hidup ini sebenarnya terlalu adil buat kita semua..hanya kita sahaja yang tidak tahu menghargai kemanisannya..mungkinkah kita sering kali dilimpahkan dengan sikap materialistik? Ramai yang zahirnya celik..namun sayang seribu kali sayang.. buta pada batinnya..


2 comments:

Anonymous said...

hahhaaa..aku suka sangat kata2 kau...comelll macam kau...tapi aku x abis pun...nati aku bc lg.. :)

a.k.a Penglipur Lara said...

thanks..teruskan membaca dan pandangan anda ttg hasil kerja sy..