Tuesday 3 April 2012

KEK COKLAT KUKUS



Image Detail Image Detail





Kekasih @ pasangan anda merajuk? Anda telah melakukan pelbagai cara untuk memaut hatinya kembali. Tetapi masih tidak Berjaya. Di sini,saya akan kongsikan dengan anda cara yang paling berkesan untuk memujuk pasangan anda kembali. Iaitu , menghadiahkannya KEK COKLAT KUKUS air tangan anda sendiri. Huh? Tidak pandai membuat kek? Jangan risau. Untuk membuat kek ini,anda jangan risau kerana ia amatlah mudah ditambah,hanya mempunyai 4 LANGKAH PEMBUATAN SAHAJA. Jom ke dapur !!

KEK COKLAT KUKUS by jedy erdy

          BAHAN-BAHAN A:
-      1 cawan minyak jagung
-      1 cawan serbuk koko
-      1 cawan gula kastor
-      1 cawan susu cair
-      1 cawan susu pekat
-      ½ cawan air


BAHAN B:
-      3 biji telur ayam ( dikisar )


BAHAN-BAHAN C:
-      1 cawan tepung gandum
-      1 camt baking powder/serbuk penaik
-      1 camt soda bikarbonat


CARA PEMBUATAN

1.     Masak bahan-bahan A dalam periuk. Kacau. Jangan sampai mendidih. Sejukkan.

2.    Campurkan bahan B ke dalam sebatian A yang telah sejuk.

3.    Ayakkan/ Ulikan bahan-bahan C. masukkan ke dalam adunan A + B tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan bersama.

4.    Kukus selama 1 jam. Selepas 1 jam,sejukkan dan hantarlah kepada pasangan anda!

Image Detail


0 comments: