Wednesday 11 April 2012

SENYUMAN




Senyum,
Adalah asas kebahagiaan,
Yang tidak ternilai harganya,
Sebagai penawar penderitaan,
Dan pemanis wajah,
Serta sedekah bersembunyi.
Namun,
Mengapakah sukar diamalkan?

Senyum,
Dapat menyenangkan penerima,
Ketenangan akan keresahan,
Yang melambangkan keperibadian hati,
Jua pengerat persaudaraan,
Dan kasih sayang,
Serta penyatu hati nan suci.


 


Senyum,
Tidaklah memiskinkan pemberi,
Yang tidak dipinta atau dipinjam,
Lebih bererti dengan keikhlasan,
Namun tiada harga perbandingan,
Keran terlalu tinggi nilainya.

Senyum,
Mungkin kerana terlalu mahal,
Ada racun tersembunyi,
Ada racun berbisa sebaliknya,
Membuatkan seseorang tersinggung
Dan terhina,
Tetapi penawarnya tetaplah ada,
Namun,
Tiada siapa boleh menduga
Tafsiran reality sebuah senyuman.

# orang selalu mintak aku senyum..diorang cakap,kalau ak senyum..aku Nampak maniiiisss…boleh cairkan hati gadis2..hahahhaha..ada2 la dorang tu..so,yang penting..senyum la sokmo!!

0 comments: