Sunday, 1 April 2012

KITA



Hinanya diri kita,
Dijadikan dariada setitik air mani,
Kalau jatuh ke tanah,
Ayam tidak patuk,
Itik tidak sudu.

Tetapi,
Sehina manapun kejadian,
Tidak semestinya kehidupan ini sehina kejadian.

Walaupun kehidupan ini,
Banyak dicorakkan dengan pelbagai kisah.
Suka,
Duka,
Susah,
Payah,
Senang,
Gembira,
Perit.
Kita seharusnya merelakan segalanya,
Kerana Pencipta sudah tentukan segalanya
Yang terbaik buat diri kita semua.


Jadi,
Kesyukuran harus diringankan setiap detik,
Kemaafan harus dipohon setiap ketika.
Supaya,
Semua yang indah dikekalkan,
Semua yang kurang digantikan.

# coretan ni plak aku buat masa aku lepas excident..sakit..boring…jadi,aku da terfikir mengenai kejadian kita..walau apapun terjadi,kehidupan mesti diteruskan…

1 comments:

Anonymous said...

i love ur work...all the best...go on with ur interest...kau ni jiwang juga ehh....nati mskkan apa2 pasal aku..dedicated something to mee...